Majlis Amanat Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 2013 yang bertemakan “Membudaya Kecemerlangan Keusahawanan” telah berlangsung di Dewan Terbuka Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 2013.Naib Canselor UMK, YBhg. Prof Datuk Dr. Raduan Hj. Che Rose, telah menggariskan beberapa agenda dalam memperkasakan lagi pencapaian kearah kecemerlangan keusahawanan. Menurut beliau, pemilihan tema “Membudaya Kecemerlangan Keusahawanan”, adalah sebagai satu penegasan bahawa kita perlu serius dengan tujuan sebenar penubuhan universiti ini bermula daripada para akademik sehinggalah kepada para pelajar.