Pada 16 April 2013. Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) perlu bergerak lebih agresif dengan mengadakan lawatan dan
menganjurkan pameran di peringkat antarabangsa untuk terus memartabatkan batik Malaysia di peringkat
antarabangsa, termasuk menjengah pasaran komersil di Korea Selatan, Japan, United Kingdom dan sebagainya.
Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose berkata, usaha itu perlu dimanfaatkan bagi
menjenamakan batik di luar negara untuk memastikan produk tempatan tidak hanya disebarluaskan di peringkat
Universiti tetapi boleh menembusi peringkat antarabangsa.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihak Universiti sentiasa memberi
sokongan dan peluang bagi memastikan insiatif ini dapat membuka
peluang keusahawanan yang sangat besar