Citation
Norshashaerilia Ahmad Sabri (2011) Penerimaan masyarakat melayu Kelantan terhadap persembahan main puteri. Undergraduate Final Project Report thesis, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted) |
Abstract
Seni persembahan Main Puteri merupakan sejenis seni persembahan yang begitu mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat melayu sejak beberapa abad yang lampau. Main Puteri ini begitu popular dan diamalkan oleh masyarakat melayu di Kelantan dan Pattani. Main Puteri merupakan sebuah persembahan yang dilakukan untuk mengubati penyakit pada masa dahulu. Cara perubatan Main Puteri ini berkaitrapat dengan kepercayaan animisme yang telah pun bertapak teguh dalam masyarakat Melayu hail daripada pengaruh Hindu. Walau bagaimanapun, pada masa kini persembahan Main Puteri ini dikatakan sudah tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu di Kelantan. Oleh disebabkan itu pengkaji ingin membuat kajian untuk melihat sama ada masyrakat Melayu di Kelantan pada masa kini masih menerima atau pun tidak seni persembahan ini. Hal ini kerana persembahan Main Puteri ini dianggap salah satu warisan seni persembahan yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. |
Download File / URL
|
Additional Metadata
Item Type: | Undergraduate Final Project Report |
---|---|
Collection Type: | Final Year Project |
Date: | 2011 |
Number of Pages: | 91 |
Supervisor: | Prof. Madya Farok Bin Zakaria |
Programme: | Arkeologi |
Institution: | Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan |
Faculty/Centre/Office: | Faculty of Creative Technology and Heritage |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5621 |
Statistic Details: | View Download Statistic |