Persembahan wayang kulit pada masa dahulu merupakan salah satu seni persembahan hiburan yang popular di negeri pantai timur Malaysia iaitu Kelantan. Seni persembahan wayang kulit mengandungi unsur-unsur dan pengaruh animisme, Hindu Buddha yang dicampur aduk dengan unsur dari pengaruh Islam. Justeru itu, pengaruh-pengaruh animisme, Hindu Buddha dan Islam telah tersemai didalam jiwa penonton dan terutamanya pendukung seni persembahan wayang kulit. Penulisan ini membincangkan tentang pengaruh-pengaruh yang ada dalam persembahan wayang kulit dimana sedikit sebanyak faktor ini telah mencirikan dan mewarnai minda mereka yang terbabit dalam bidang ini serta kehidupan masing-masing.