Kajian ini merupakan satu kajian kes yang bertujuan untuk mengkaji tentang kualiti skrip dan penerimaan penonton di dalam filem Misteri Dilaila Versi 1. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengkaji skrip yang dihasilkan dalam filem Misteri Dilaila Versi 1 dan seterusnya untuk menganalisis penerimaan penonton dalam filem Misteri Dilaila Versi 1 berdasarkan kualiti skrip. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik terhadap pelajar tahun empat bidang Pengajian Skrin daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Kaedah kualitatif digunakan dan 25 responden dinilai dalam kajian ini. Soal selidik diedarkan untuk mengumpul data primer sebagai tinjauan melalui soal selidik dalam talian. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS Versi 24 berdasarkan analisis deskriptif, analisis kebolehpercayaan dan analisis korelasi spearman. Hasilnya, majority pembolehubah bebas mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembolehubah bergantung. Melalui kajian ini, hubungan antara kualiti skrip dan penerimaan penonton terhadap filem Misteri Dilaila Versi 1 akan mudah difahami.