Projek penyelidikan ini merupakan kajian yang ingin dikaji oleh pengkaji dimana tajuknya adalah aplikasi motif seni bina ruma cina peranakan sebagai rekaan corak
kain batik sarung melalui batik blok. Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada motif seni bina rumah cina peranakan sebagai rekaan corak kain batik sarung dan batik blok. Hal ini kerana ianya merupakan fokus utama pengkaji untuk meghasilkan produk kain batik sarung untuk golongan muda masyarakat cina peranakan. Permasalahan dalam kajian ini adalah kurang dihargai oleh generasi
muda Cina Peranakan Kelantan mungkin disebabkan oleh persepsi umum masyarakat Kelantan yang melabelkan mereka sebagai cina kampung atau cina bukit. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tentang motif seni bina rumah cina
peranakan dalam penghasilan rekaan corak kain batik sarung, untuk mengetahui proses dalam penghasilan rekaan corak batik melalui teknik blok dan untuk menghasilkan produk kain batik sarung dengan menggunakan teknik batik blok. Oleh itu, pengkaji berharap penyelidikan ini boleh dijadikan panduan kepada pengusaha batik agar dapat mengekalkan motif Seni Bina Rumah Cina Peranakan
ini sebagai rekaan corak kain batik sarung untuk masyarakat cina peranakan itu sendiri serta dapat dijadikan bahan rujukan kepada pengkaji yang akan datang.