Thesis ini memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai pemuliharaan dan garis panduan mengenai bangunan warisan yang terdapat di Malaysia yang hanya berfokuskan kepada bangunan masjid. Masjid Lama Kampung Tuan telah
menjalankan kerja-kerja pemuliharaan tanpa mengetahui dengan lebih terperinci mengenai garis panduan pemuliharaan bangunan warisan yang sebenar. Hal ini
adalah kerana, setiap kerja pemuliharaan yang dijalankan keatas bangunan warisan mestilah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Warisan Negara
(JWN) agar tidak berlaku sebarang permasalahan mengenai bangunan warisan pada masa akan datang. Melalui garis panduan ini, secara tidak langsung dapat memenuhi kehendak pembangunan warisan dan budaya negara sekaligus melestarikan bangunan yang mampan daripada dibiar usang dan tidak terurus.