Kajian ini membincangkan mengenai ukiran warisan melayu yang diaplikasikan pada perabot. Kekurangan dalam penghasilan perabot yang mengaplikasikan ukiran warisan
menyebabkan pengetahuan orang ramai tentang ukiran warian Melayu semakin berkurangan. Penghasilan perabot ini dapat membantu dalam mempromosikan ukiran warisan Melayu supaya dapat dikekalkan dan diterima ramai. Proses merekabentuk
perabot meja kopi melibatkan lakaran awal yang menggunakan motif awan larat dalam penghasilanya. Kajian dilakukan melibakan proses mengumpul maklumat yang
melbatkan kaedah pengumpulan data dan soal selidik. Setelah analisa data diperolehi,lakaran awal dilakukan bagi mengeluarka idea berkaitan meja kopi yang mengaplikasikan ukiran warisan Melayu pada perabot. Melalui penghasilan meja kopi yang mengaplikasikan ukiran warisan tradisional dapat membuka mata orang ramai tentang kepentingan ukiran warisan Melayu. Selain itu juga, dapat membuka mata orang ramai supaya menggunakan motif yang ada pada ukiran untuk diinovasikan pada produk lain.