Digital Special Collection Portal

Persepsi Masyarakat Terhadap Pengekalan Wakaf Lama Tuan Farrer, Pasir Puteh Kelantan.


Citation

Noratikah Jamal (2021) Persepsi Masyarakat Terhadap Pengekalan Wakaf Lama Tuan Farrer, Pasir Puteh Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Penyelidikan ini berkenaan dengan persepsi masyarakat terhadap pengekalan Wakaf Lama Tuan Farrer, Pasir Puteh, Kelantan. Kepentingan kajian ini dilihat dapat memberi kesan positif kepada pelbagai pihak terutamanya kepada pihak Jabatan Warisan Negara, bidang pendidikan, masyarakat, individu dan sektor pelancongan. Kajian ini dapat memberi pendedahan serta pengetahuan kepada Pihak Jabatan Warisan Negara berkenaan pengekalan Wakaf Lama Tuan Farrer, Pasir Puteh, Kelantan yang mempunyai nilai sejarah, nilai estetika dan nilai senibina rekabentuk
Monumen bersejarah kepada masyarakat. Kajian ini memfokuskan kepada tiga objektif iaitu mengenalpasti sejarah Wakaf LamaTuan Farrer, Pasir Puteh, Kelantan,
mengetahui fungsi Wakaf Lama Tuan Farrer, Pasir Puteh, Kelantan kepada penduduk setempat dan mengkaji persepsi masyarakat terhadap pengekalan Wakaf Lama Tuan Farrer, Pasir Puteh, Kelantan. Penyelidikan ini berkenaan nilai-nilai warisan seperti sejarah kewujudan Wakaf Lama Tuan Farrer, Pasir Puteh, Kelantan, fungsi Wakaf Lama Tuan Farrer, Pasir Puteh Kelantan yang terdapat pada Wakaf Lama Tuan Farrer untuk dikajian mengenai persepsi masyarakat sama ada Wakaf Lama Tuan Farrer, Pasir Puteh
perlu dikekalkan ataupun sebaliknya.

Download File / URL

[thumbnail of NORATIKAH JAMAL.pdf] Text
NORATIKAH JAMAL.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 132
Supervisor: Ts. Dr. Shahariah Norain Binti Shaharuddin
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3983
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2