Digital Special Collection Portal

Mengkaji Keberkesanan Medium Animasi 2D Sebagai Pengiklanan Program Sijil Multimedia Kreatif di Kolej Komuniti Paya Besar


Citation

Nor Farina Mohd Fauzan (2021) Mengkaji Keberkesanan Medium Animasi 2D Sebagai Pengiklanan Program Sijil Multimedia Kreatif di Kolej Komuniti Paya Besar. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Sistem multimedia merupakan sistem yang sedang berkembang dalam menuju era teknologi maklumat. Sistem multimedia ialah penggunaan alat teknologi maklumat yang menggabungkan pendengaran dan penglihatan seterusnya diproses oleh pemikiran untuk membentuk satu maklumat (Saifaddeen, 2002). Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji penggunan modium animasi 2D sebagai Pengiklanan Sijil Multimedia Kreatif di Kolej Komuniti Paya Besar. Kajian ini menggunakan kaedah teknik pengumpulan data melalui kaji selidik, pemerhatian dan sumber rujukan.
Instrumen kajian terdiri daripada borang soal selidik, borang temu bual dan kaedah rujukan. Melalui kajian instrumen ini akan dapat mengenalpasti permasalahan yang
dihadapi oleh Pihak Kolej Komuniti Paya Besar melalui hebahan secara manual. Bidang multimedia direka untuk melatih pelajar dengan kemahiran dalam menghasilkan produk-produk yang berkaitan multimedia. Selain itu, kajian ini juga untuk melihat kesan membangunkan animasi 2D untuk hebahan program di Kolej Komuniti Paya Besar. Pelajar akan mempelajari beberapa kemahiran penting dalam
merekabentuk dan membina aplikasi multimedia yang berinteraktif. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji Keberkesanan Medium Animasi 2D sebagai Pengiklanan
Program Multimedia Kreatif di Kolej Komuniti Paya Besar. Kajian ini akan dijalankan dengan menggunakan teknik pengumpulan data melalui kaedah rujukan, borang soal selidik, pemerhatian. Oleh itu, kajian yang dibuat ini juga merupakan salah satu cara untuk melhat keberkesanan mengaplikasikan cara baru dalam penyampaian maklumat kepada orang diluar sana.

Download File / URL

[thumbnail of NOR FARINA BINTI MOHD FAUZAN.pdf] Text
NOR FARINA BINTI MOHD FAUZAN.pdf

Download (5MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 74
Supervisor: Ts. Dr. Anuar Bin Mohd Yusof
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3980
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2