Sistem multimedia merupakan sistem yang sedang berkembang dalam menuju era teknologi maklumat. Sistem multimedia ialah penggunaan alat teknologi maklumat yang menggabungkan pendengaran dan penglihatan seterusnya diproses oleh pemikiran untuk membentuk satu maklumat (Saifaddeen, 2002). Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji penggunan modium animasi 2D sebagai Pengiklanan Sijil Multimedia Kreatif di Kolej Komuniti Paya Besar. Kajian ini menggunakan kaedah teknik pengumpulan data melalui kaji selidik, pemerhatian dan sumber rujukan.
Instrumen kajian terdiri daripada borang soal selidik, borang temu bual dan kaedah rujukan. Melalui kajian instrumen ini akan dapat mengenalpasti permasalahan yang
dihadapi oleh Pihak Kolej Komuniti Paya Besar melalui hebahan secara manual. Bidang multimedia direka untuk melatih pelajar dengan kemahiran dalam menghasilkan produk-produk yang berkaitan multimedia. Selain itu, kajian ini juga untuk melihat kesan membangunkan animasi 2D untuk hebahan program di Kolej Komuniti Paya Besar. Pelajar akan mempelajari beberapa kemahiran penting dalam
merekabentuk dan membina aplikasi multimedia yang berinteraktif. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji Keberkesanan Medium Animasi 2D sebagai Pengiklanan
Program Multimedia Kreatif di Kolej Komuniti Paya Besar. Kajian ini akan dijalankan dengan menggunakan teknik pengumpulan data melalui kaedah rujukan, borang soal selidik, pemerhatian. Oleh itu, kajian yang dibuat ini juga merupakan salah satu cara untuk melhat keberkesanan mengaplikasikan cara baru dalam penyampaian maklumat kepada orang diluar sana.