Digital Special Collection Portal

Keistimewaan Senibina Rumah Dato’ Haji Ahmad Maher Sebagai Khazanah Warisan Yang Perlu Dipelihara.


Citation

Mohamad Rahimi Akmal Mat Hassan (2021) Keistimewaan Senibina Rumah Dato’ Haji Ahmad Maher Sebagai Khazanah Warisan Yang Perlu Dipelihara. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Keistimewaan Senibina Rumah Dato’ Haji Ahmad Maher Sebagai Khazanah Warisan Yang Perlu Dipelihara”. Dato’ Haji Ahmad Maher merupakan bekas Mufti ke-7 Kelantan yang memegang jawatan pada tahun 1945 hingga 1968. Bekas rumah mufti ini dibina selepas era Kolonial British di Tanah Melayu dan lokasinya adalah bertempat di Kampung Wakaf Bharu, Kota Bharu. Pengkaji menyasarkan rumah berkenaan kerana tarikah gabungan pengaruh seni bina yang terdapat pada struktur binaannya. Meskipun masyarakat menyedari akan keunikan pengaruh seni bina terdahulu, malangnya ada sebilangan daripada mereka memandang enteng akan kepentingan nilai estetikanya sehinggakan rumah Dato’ Haji Ahmad Maher ini menjadi antara warisan ketara yang berada dalam keadaan terbiar dan terpinggir dari pembangunan pesat bandar Kota Bharu. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti sejarah rumah Dato’ Haji Ahmad Maher secara sahih selain mengkaji keistimewaan pengaruh seni bina padanya. Objektif pengkaji juga ingin merungkaikan cadangan yang mampu memelihara nilai estetika warisan rumah tersebut. Kaedah pemerhatian, temu ramah dan analisis dokumen digunakan bagi mendapatkan data sekaligus menyempurnakan proses penyelidikan ini dari fasa awal hingga akhir. Kajian ini akan menimbulkan isu kepentingan nilai warisan rumah Dato Haji Ahmad Maher kepada pelbagai pihak sekiranya langkah pemuliharaan dan pemeliharaan dibuat.

Download File / URL

[thumbnail of MOHAMAD RAHIMI AKMAL MAT HASSAN.pdf] Text
MOHAMAD RAHIMI AKMAL MAT HASSAN.pdf

Download (5MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 125
Supervisor: Pn. Farrah Atikah Binti Saari
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3935
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2