Dalam tesis ini menceritakan berkaitan kajan terhadap seni persembahan silat kuntau Jawa Balik Pulau, Pulau Pinang. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti struktur persembahan di dalam silat kuntau jawa, jenis-jenis alat muzik dan cara ia dimainkan di dalam persembahan silat kuntau jawa dan lagu yang terdapat di dalam persembahan silat kuntau jawa ini. Silat kuntau jawa ini merupakan salah satu seni silat mempertahankan diri yang unik kerana ianya mempunyai perbezaannya yang tersendiri berbanding dengan silat yang lain. Data yang diperoleh dalam kajian ini adalah berdasarkan data primer dan data sekunder dimana menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual dan pemerhatian. Temubual telah dijalankan ke atas dua orang responden iaitu ahli daripada Persatuan Penggerak Seni Warisan (PPSW) yang merupakan pertubuhan untuk silat kuntau jawa di Balik Pulau.