Digital Special Collection Portal

Persepsi Masyarakat Terhadap Penemuan Relau Di Jeniang, Kedah.


Citation

Faten Zulaikha Suhaimi (2021) Persepsi Masyarakat Terhadap Penemuan Relau Di Jeniang, Kedah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Sejarah merupakan suatu warisan atau tinggalan nenek moyang yang mempunyai nilai atau ciri estetikanya yang tersendiri kepada sesuatu bangsa, masyarakat mahupun Negara. Tinggalan sejarah boleh dijadikan panduan untuk
masyarakat dalam mempelajari atau mengetahui budaya-budaya terdahulu atau nilai yang terdapat pada masyarakat terdahulu. Melalui penyelidikan yang dijalankan ini telah menyentuh isu tanggapan atau persepsi masyarakat terhadap penemuan relau di Jeniang, Kedah yang dipercayai merupakan suatu tinggalan sejarah penting yang melambangkan budaya masyarakat terdahulu di kawasan tersebut. Objektif bagi kajian ini ialah untuk mengkaji persepsi masyarakat terhadap penemuan relau di Jeniang, Kedah, mengenalpasti penerimaan masyarakat terhadap aktiviti arkeologi berkaitan penemuan relau di Jeniang, Kedah dan mengaplikasikan Teori Fungsionalisme. Rekabentuk kajianini adalah dengan menggunakan kaedah kualitatif dan pengkaji turut menggunakan persampelan dengan menjadikan golongan akademik, jabatan dan orang lama mengikut peringkat umur yang bersesuaian bagi memenuhi objektif kajian. Instrumen seperti temu bual, pemerhatian dengan menggunakan alatan seperti buku catatan, perakam suara dan kamera digunakan untuk
merekod data. Dengan adanya peneylidikan sepeti ini, kesedaran terhadap pentingnya pemuliharaan dan pemeliharaan relau ini semakin meninggi, Hal ini adalah disebabkan melalui kajian yang dijalankan ini, pengetahuan terhadap penemuan relau ini telah diberikan secara tidak langsung kepada masyarakat setempat.

Download File / URL

[thumbnail of FATEN ZULAIKHA SUHAIMI.pdf] Text
FATEN ZULAIKHA SUHAIMI.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 86
Supervisor: Ts. Dr. Shahariah Norain Binti Shaharuddin
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3912
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2