Artikel ini membincangkan mengenai kaedah pemuliharaan yang dijalankan ke atas Perak Man di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Perak. Penemuan Perak Man pada tahun 1991 telah mengejutkan dunia arkeologi di Malaysia dalam peradaban manusia awal. Perak Man adalah rangka manusia yang dipercayai berasal daripada zaman Paleolitik. Bukti penemuan terhebat itu telah mencipta sejarah dari segi kegiatan harian masyarakat terawal yang menetap di Malaysia suatu ketika dahulu. Namun begitu, kajian mengenai kewujudan Perak Man telah lama berhenti sehingga menyebabkan masyarakat sekarang kurang cakna mengenai status dan keadaan Perak Man yang ditempatkan di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong. Berdasarkan bukti pemerhatian, temu bual, dan kajian terdahulu yang dilakukan, tesis ini akan menjelaskan mengenai kaedah pemeliharaan serta kepentingannya dalam pemeliharaan Perak Man di galeri tersebut.
Kata Kunci: Arkeologi, Perak Man, Pemeliharaan, Kepentingan, Galeri Arkeologi
Lembah Lenggong, Perak.