Digital Special Collection Portal

Kajian Semiotik Dalam Puisi Benih Harapan Karya A.Samad Said: Pendekatan Teori Semiotik


Citation

Siti Hajar Binti Zainuddin (2022) Kajian Semiotik Dalam Puisi Benih Harapan Karya A.Samad Said: Pendekatan Teori Semiotik. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED. (Submitted)

Abstract

Kajian ini adalah mengkaji pendekatan teori semiotik dalam Puisi Benih Harapan karya A. Samad Said yang mempunyai makna yang tersirat dan tersurat serta puisi ini mampu menjadi simbolik di dalam kehidupan masyarakat. Sebuah teks puisi yang dikarang oleh sasterawan negara kita merupakan karya-karya yang dianggap sebuah karya agung kerana dalam karya yang dihasilkan oleh beliau telah memberi pelbagai makna yang positif kepada masyarakat. Pengkaji akan meneliti karya beliau dari aspek instrinstik dan ekstrinstik yang terkandung dalam puisi yang dihasilkan oleh A. Samad Said. Pendekatan semiotika digunakan bagi mengkaji penggunaan bahasa perlambangan yang terdapat di dalam puisi yang dikaji. Kajian bahasa perlambangan atau simbol-simbol yang terdapat dalam Puisi Benih Harapan dapat dikenalpasti melalui bait-bait kata yang digunakan dalam penghasilan puisi agar karya yang dihasilkan agar tampak lebih indah agar audien lebih memahami makna yang hendak disampaikan oleh pengarang. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis bentuk perlambangan sebagai estetika dalam Puisi Benih Harapan karya A. Samad Said. Nilai estetika yang ada dalam puisi yang dikaji akan dianalisis secara terperinci untuk mencapai matlamat kajian. Kaedah kajian yang digunakan untuk adalah kaedah diskriptif analisis secara kualitatif iaitu kajian analisis secara struktural iaitu kajian dari segi penggunaan bahasa dan menggunakan kaedah analisis secara teoritikal iaitu penggunaan teori semiotik dalam teks Puisi Benih Harapan. Kaedah kajian yang digunakan adalah penting bagi memastikan matlamat kajian dapat dicapai dalam penghasilan kertas kerja yang dijalankan oleh pengkaji.

Download File / URL

[thumbnail of SITI HAJAR BINTI ZAINUDDIN.pdf] Text
SITI HAJAR BINTI ZAINUDDIN.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 76
Supervisor: Afidatul Syazwani Binti Afandi
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3774
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2