Citation
Siti Hajar Binti Zainuddin (2022) Kajian Semiotik Dalam Puisi Benih Harapan Karya A.Samad Said: Pendekatan Teori Semiotik. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED. (Submitted) |
Abstract
Kajian ini adalah mengkaji pendekatan teori semiotik dalam Puisi Benih Harapan karya A. Samad Said yang mempunyai makna yang tersirat dan tersurat serta puisi ini mampu menjadi simbolik di dalam kehidupan masyarakat. Sebuah teks puisi yang dikarang oleh sasterawan negara kita merupakan karya-karya yang dianggap sebuah karya agung kerana dalam karya yang dihasilkan oleh beliau telah memberi pelbagai makna yang positif kepada masyarakat. Pengkaji akan meneliti karya beliau dari aspek instrinstik dan ekstrinstik yang terkandung dalam puisi yang dihasilkan oleh A. Samad Said. Pendekatan semiotika digunakan bagi mengkaji penggunaan bahasa perlambangan yang terdapat di dalam puisi yang dikaji. Kajian bahasa perlambangan atau simbol-simbol yang terdapat dalam Puisi Benih Harapan dapat dikenalpasti melalui bait-bait kata yang digunakan dalam penghasilan puisi agar karya yang dihasilkan agar tampak lebih indah agar audien lebih memahami makna yang hendak disampaikan oleh pengarang. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis bentuk perlambangan sebagai estetika dalam Puisi Benih Harapan karya A. Samad Said. Nilai estetika yang ada dalam puisi yang dikaji akan dianalisis secara terperinci untuk mencapai matlamat kajian. Kaedah kajian yang digunakan untuk adalah kaedah diskriptif analisis secara kualitatif iaitu kajian analisis secara struktural iaitu kajian dari segi penggunaan bahasa dan menggunakan kaedah analisis secara teoritikal iaitu penggunaan teori semiotik dalam teks Puisi Benih Harapan. Kaedah kajian yang digunakan adalah penting bagi memastikan matlamat kajian dapat dicapai dalam penghasilan kertas kerja yang dijalankan oleh pengkaji. |
Download File / URL
|
Additional Metadata
Item Type: | Undergraduate Final Project Report |
---|---|
Collection Type: | Final Year Project |
Date: | 2022 |
Number of Pages: | 76 |
Supervisor: | Afidatul Syazwani Binti Afandi |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian |
Faculty/Centre/Office: | Faculty of Creative Technology and Heritage |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3774 |
Statistic Details: | View Download Statistic |