Kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan Pengaruh Seni Bina Pada Bangunan Warisan Istana Jahar. Kajian ini akan merungkai secara terperinci mengenai latar belakang pembangunan Istana Jahar, pengaruh seni bina pada Istana Jahar dan elemen penentu karektor pada Istana Jahar. Selain itu, kajian ini juga akan menggunakan pelbagai metodologi kajian dalam menyelesaikan masalah kajian iaitu, menggunakan kaedah kualitatif, kaedah kuantitatif, data primer, data sekunder, instrumen kajian serta analisis terhadap data kajian. Oleh itu, berdasarkan kaedah ini penentuan dalam mencapai objektif kajian akan lebih jelas dan mudah untuk pengkaji mengumpul data-data penting dalam membuat laporan akhir penyelidikan.