Digital Special Collection Portal

Mitos Beras Terbakar Di Langkawi : Satu Kajian Monomyth


Citation

Nur Umairah Binti Mohamad (2022) Mitos Beras Terbakar Di Langkawi : Satu Kajian Monomyth. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED.

Abstract

Tesis ini adalah mengenai “Mitos Beras Terbakar di Langkawi: Satu Kajian Monomyth”. Objektif bagi kajian ini adalah mengenal pasti asal usul sebenar mitos Beras Terbakar dan menganalisis mitos Beras Terbakar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu temu bual dan pendekatan teori Monomyth oleh Joseph Campbell untuk mengumpul dan menganalisis data kajian. Pengkaji membuat sesi temu bual bersama dengan Ku Halim Bin Ku Hasan untuk memperoleh maklumat berkaitan dengan asal usul sebenar mitos Beras Terbakar dan pendekatan teori Monomyth oleh Joseph Campbell iaitu merangkumi tiga struktur dan 17 tahap digunakan untuk menganalisis mitos Beras Terbakar. Kajian ini berjaya mengenal pasti asal usul sebenar mitos Beras Terbakar. Selain itu, penemuan daripada kajian ini adalah Datuk Pekema Jaya melalui tiga struktur dan beberapa tahap dalam Hero’s Journey yang dibentangkan oleh Joseph Campbell dalam pengembaraannya sebagai wira dalam mitos Beras Terbakar. Terdapat empat tahap dalam struktur ‘Departure’ yang dilalui oleh Datuk Pekema Jaya dalam pengembaraannya sebagai wira dalam mitos Beras Terbakar iaitu ‘The Call to Adventure’, ‘Supernatural Aid’, ‘Crossing the Threshold’ dan ‘Belly of the Whale’. Seterusnya, Datuk Pekema Jaya melalui semua tahap pada struktur ‘Initiation’. Pada struktur ‘Return’ Datuk Pekema Jaya hanya melalui tahap ‘Rescue from Without’ dan ‘Master of Two Worlds’ dalam pengembaraannya sebagai wira dalam mitos Beras Terbakar.

Download File / URL

[thumbnail of NUR UMAIRAH BINTI MOHAMAD.pdf] Text
NUR UMAIRAH BINTI MOHAMAD.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 66
Supervisor: Dr. Nasirin Bin Abdillah
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3741
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2