Digital Special Collection Portal

Keistimewaan Atap Singgora Sebagai Produk Warisan Tempatan Yang Memberi Impak Kepada Sosioekonomi Masyarakat Setempat


Citation

Nur Syatirah Binti Mohd Shaibi (2022) Keistimewaan Atap Singgora Sebagai Produk Warisan Tempatan Yang Memberi Impak Kepada Sosioekonomi Masyarakat Setempat. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED.

Abstract

Penutup bumbung tanah liat adalah salah satu ciptaan terawal dalam tamadun manusia. Penutup bumbung tanah liat melindungi manusia daripada hujan, panas matahari dan hidupan liar.
Namun, disebabkan adanya penutup bumbung moden seperti zink, asbestos, tanah liat berlapis dan sebagainya, bangunan yang menggunakan bumbung singgora khususnya di Kelantan mengalami
kepupusan dan permintaan terhadap bumbung singola berkurangan. Akibatnya, bilangan pengusaha dalam membuat bumbung singgora semakin berkurangan, dan mereka beralih kepada sektor pertanian seperti sawah padi, sayur-sayuran dan tembakau, yang dijangka lebih bermanfaat.
Pengkaji akan mengenal pasti masalah dalam kajian supaya kajian dapat dijalankan secara metodologi dengan matlamat yang ingin dicapai. Penulisan kajian ini akan memfokuskan kepada persoalan kajian dengan mengenal pasti ciri-ciri bumbung singgora berdasarkan persepsi masyarakat
setempat. Pengkaji juga akan mengkaji punca kepupusan atap singgora yang merupakan sumber ekonomi masyarakat terdahulu dan mencadangkan kaedah pemeliharaan terhadap perusahaan
atap singgora bagi kelestarian produk warisan tempatan. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah kualitatif seperti kajian lapangan, temubual dan pemerhatian untuk mendapatkan data dan maklumat berkaitan atap singgora. Menerusi jangkaan dapatan kajian mengenai keistimewaan atap singgora ini dapat digali dan memperkasa atap singgora dengan memasuki dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa melalui kajian selaras dengan metodologi yang diambil. Hal ini dapat dikukuhkan dengan beberapa kajian lepas daripada
penyelidik melalui kajian yang dilaksanakan.

Download File / URL

[thumbnail of NUR SYATIRAH BINTI MOHD SHAIBI.pdf] Text
NUR SYATIRAH BINTI MOHD SHAIBI.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 133
Supervisor: Farrah Atikah Binti Saari
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3740
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2