Digital Special Collection Portal

Keistimewaan Seni Bina Rumah Demang Abdul Ghani Sebagai Khazanah Yang Telah Dipelihara


Citation

Nur Syafiqah Binti Nor Huzaimi (2022) Keistimewaan Seni Bina Rumah Demang Abdul Ghani Sebagai Khazanah Yang Telah Dipelihara. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED.

Abstract

Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Keistimewaan Seni Bina Rumah Demang Abdul Ghani Sebagai Khazanah Yang Telah Dipelihara”. Demang Abdul Ghani merupakan seorang penghulu dikawasan Merlimau pada tahun 1850. Rumah ini didirikan pada 1894. Pengkaji menyasarkan rumah berkenaan kerana gabungan pengaruh seni bina yang terdapat pada struktur binaannya. Meskipun masyarakat menyedari akan keunikan pengaruh seni bina terdahulu, malangnya ada sebilangan daripada mereka memandang enteng akan kepentingan nilai estetikanya sehinggakan rumah ini menjadi antara warisan ketara yang berada dalam keadaan terbiar sebelum diambil alih oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) untuk dipulihara dan dipelihara. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti sejarah rumah Demang Abdul Ghani secara sahih selain mengkaji keistimewaan pengaruh seni bina padanya. Objektif pengkaji juga ini menerangkan kaedah konservasi yang telah digunakan untuk membaikpulih rumah Demang Abdul Ghani. Kaedah pemerhatian dan analisis dokumen digunakan bagi mendapatkan data sekaligus menyempurnakan proses penyelidikan ini dari fasa awal hingga akhir. Hal ini seterusnya dapat menghargai nilai warisan ketara yang berharga ini khususnya untuk generasi yang akan datang.

Download File / URL

[thumbnail of NUR SYAFIQAH BINTI NOR HUZAIMI.pdf] Text
NUR SYAFIQAH BINTI NOR HUZAIMI.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 89
Supervisor: Sahrudin bin Mohamed Som
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3739
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2