Digital Special Collection Portal

Adat Dan Pantang Larang Semasa Kematian Suku Kaum Seletar, Kampung Teluk Kabung, Pasir Gudang, Johor.


Citation

Nur Amira Syakilla Shahrom (2022) Adat Dan Pantang Larang Semasa Kematian Suku Kaum Seletar, Kampung Teluk Kabung, Pasir Gudang, Johor. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Di Malaysia terdapat pelbagai adat dan pantang larang yang merupakan tinggalan nenek moyang yang tersendiri. Sebagai contoh, suku kaum Seletar mempunyai seni budaya yang
pelbagai dan menarik. Di Kampung Teluk Kabung mempunyai suku kaum Seletar dimana mereka menggunakan adat dan pantang larang masih wujud hingga sekarang atau telah terbiar akibat arus pemodenan yang melanda. Kebanyakan adat dan pantang larang masih diguna pakai serta dipelihara dan ada juga yang dibiarkan malah adat dan pantang larang tinggalan nenek moyang terdahulu tidak pernah diketahui masyarakat akan kewujudannya. Misalnya, pengkebumian mayat bersebelahan dengan rumah si mati yang tidak lagi wujud pada masa kini. Dapat dilihat bahawa masyarakat orang asli ini masih mengekalkan puak yang dipimpin oleh seorang ketua yang dipanggil tok batin yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan menjamin keamanan puak mereka serta menjadi penghubung kepada masyarakat luar. Oleh itu, tujuan projek penyelidikan ini dijalankan adalah untuk meninjau sejauh mana adat dan pantang larang semasa kematian suku kaum Seletar bagi memelihara tinggalan warisan daripada hilang. Adakah ianya dijaga atau terus dipandang serong dan akhirnya akan menyebabkan adat dan pantang larang ini mungkin akan lenyap suatu hari nanti.

Download File / URL

[thumbnail of Nur Amira Syakilla Shahrom.pdf] Text
Nur Amira Syakilla Shahrom.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 86
Supervisor: Dr. Norazlinda Binti Mohamed Rosdi
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3718
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2