Digital Special Collection Portal

Kajian Terhadap Pemuliharaan Istana Sepachendera, Alor Setar, Kedah.


Citation

Mohd Azam, Dinie Azri (2022) Kajian Terhadap Pemuliharaan Istana Sepachendera, Alor Setar, Kedah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Malaysia merupakan sebuah yang mempunyai banyak dan pelbagai khazanah warisan yang mampu menjadi sebagai tempat tarikan pelancong dan memaparkan identiti tersendiri. Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai Pemuliharaan di Istana Sepanchendera, Alor Setar, Kedah yang perlu dipelihara sebagai khazanah warisan negara. Istana Sepachendera ini telah dibina pada tahun 1882 oleh Almarhum Sultan Abdul Halim Shah dan lokasinya terletak di Kampung Baru, Alor Setar, Kedah. Pengkaji menyasarkan istana ini kerana tertarik dengan seni bina bangunan istana ini serta istana ini turut mempunyai pelbagai kegunaan suatu ketika dahulu. Meskipun masyarakat menyedari akan keunikan pembinaan istana ini, namun ada sebilangan daripada mereka yang memandang enteng akan nilai kepentingan yang terdapat pada istana Sepachendera ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti nilai kepentingan warisan yang terdapat pada Istana Sepachendera serta untuk mengenalpasti tahap pengekalan pada istana Sepachendera. Seterusnya, objektif kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi usaha pemuliharaan Istana Sepachendera ini. Metodologi yang digunakan dalam mendapatkan data dalam kajian ini adalah melalui kaedah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat dijadikan panduan bagi mengetahui tahap pemuliharaan pada Istana Sepachendera serta dapat memartabatkan bangunan warisan ini agar generasi muda dapat menghayati sejarah seni bina yang dimiliki dan mengambil iktibar.

Download File / URL

[thumbnail of DINIE IAZRI IBIN IMOHD IAZAM C18A0058.pdf] Text
DINIE IAZRI IBIN IMOHD IAZAM C18A0058.pdf - Published Version

Download (5MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 144
Supervisor: Dr. Sahrudin Bin Mohamed Som
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3681
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2