Malaysia merupakan sebuah yang mempunyai banyak dan pelbagai khazanah warisan yang mampu menjadi sebagai tempat tarikan pelancong dan memaparkan identiti tersendiri. Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai Pemuliharaan di Istana Sepanchendera, Alor Setar, Kedah yang perlu dipelihara sebagai khazanah warisan negara. Istana Sepachendera ini telah dibina pada tahun 1882 oleh Almarhum Sultan Abdul Halim Shah dan lokasinya terletak di Kampung Baru, Alor Setar, Kedah. Pengkaji menyasarkan istana ini kerana tertarik dengan seni bina bangunan istana ini serta istana ini turut mempunyai pelbagai kegunaan suatu ketika dahulu. Meskipun masyarakat menyedari akan keunikan pembinaan istana ini, namun ada sebilangan daripada mereka yang memandang enteng akan nilai kepentingan yang terdapat pada istana Sepachendera ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti nilai kepentingan warisan yang terdapat pada Istana Sepachendera serta untuk mengenalpasti tahap pengekalan pada istana Sepachendera. Seterusnya, objektif kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi usaha pemuliharaan Istana Sepachendera ini. Metodologi yang digunakan dalam mendapatkan data dalam kajian ini adalah melalui kaedah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat dijadikan panduan bagi mengetahui tahap pemuliharaan pada Istana Sepachendera serta dapat memartabatkan bangunan warisan ini agar generasi muda dapat menghayati sejarah seni bina yang dimiliki dan mengambil iktibar.