Digital Special Collection Portal

Analisis Elemen Sastera Dalam Pementasan Teater Terpilih Melalui Penerapan Teori Strukturalisme


Citation

Ishak, Siti Noor Asyikin (2022) Analisis Elemen Sastera Dalam Pementasan Teater Terpilih Melalui Penerapan Teori Strukturalisme. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Penelitian terhadap intipati pementasan teater adalah berdasarkan elemen sastera yang ditonjolkan melalui pelakon yang membawa sesuatu watak tersebut. Berdasarkan pemerhatian pengkaji terdapat beberapa elemen sastera yang perlu diambil kira dalam sesebuah pementasan teater kerana akan mempengaruhi cerita yang akan disampaikan oleh pelakon. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat elemen sastera yang sering digunakan oleh pengarah dalam pementasan teater. Hal ini adalah kerana terdapat segelintir pengarah yang masih lagi tidak mengetahui cara untuk mengaplikasikan elemen sastera dalam pementasan teater yang dijalankan. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis elemen-elemen sastera yang perlu wujud dalam sesebuah pementasan teater serta mengenalpasti teori Strukturalisme yang boleh diterapkan dalam pementasan teater. Seterusnya kajian ini hanya membataskan kepada beberapa pementasan teater yang diambil kira iaitu Teater Lagenda Mahsuri (Aku Bersumpah), Teater Kampung Semarah Padi UMK Bachok dan Teater Di Puncak Tertinggi Puteri Gunung Ledang. Tambahan pula kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif untuk menganalisis segala data yang diperoleh. Bagi mengukuhkan kajian ini, pengkaji menerapkan teori Strukturalisme yang menitikberatkan beberapa perkara dalaman yang membentuk rangka atau struktur sesebuah teks. Dapatan kajian yang terdapat dalam pementasan teater terpilih sememangnya memberi kesan yang memberangsangkan untuk pengkaji menunjukkan kepentingan penggunaan elemen sastera) dalam pementasan teater.

Download File / URL

[thumbnail of SITI NOOR ASYIKIN BINTI ISHAK (C18A0404).pdf] Text
SITI NOOR ASYIKIN BINTI ISHAK (C18A0404).pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 79
Supervisor: Sudirman Bin Kiffli
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3663
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2