Digital Special Collection Portal

Tahap Pengekalan Seni Bina Masjid Kampung Tuan, Chukai, Terengganu


Citation

Alias, Ahmad Fakhruddin (2022) Tahap Pengekalan Seni Bina Masjid Kampung Tuan, Chukai, Terengganu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai khazanah warisan yang mampu menjadi satu tempat tarikan pelancongan dan mempunyai identiti yang tersendiri. Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai tahap pengekalan seni bina asal selepas kerja pemuliharaan terhadap Masjid Kampung Tuan, Chukai, Terengganu. Masjid Kampung Tuan ini dibina pada tahun 1830 oleh penduduk kampung dan lokasinya terletak di sebelang Sungai Limbong Terengganu dan berjarak 1 kilometer dar bandar Chukai, Terengganu. Pengkaji mengkaji masjid ini kerana tertarik dengan sejarah dan seni bina bangunan masjid ini serta pernah menjadi pusat pengajian ilmu serta penyebaran Islam. Walaubagaimanapun, masyarakat sekarang kurang mengenali sejarah serta seni bina Masjid Kampung Tuan dan tidak tahu akan nilai kepentingan masjid ini kepada tempat tersebut. Objektif kajian ini adalah mengkaji ciri-ciri seni bina Masjid Kampung Tuan, mengenalpasti struktur binaan dan jenis bahan asal Masjid Kampung Tuan dan mengkaji tahap keaslian masjid Kampung Tuan. Metodologi yang digunakan dalam mendapatkan maklumat tentang kajian ini bagi mencapai objektif dikaji ialah melalui kaedah temubual, pemerhatian dan juga analisis dokumen. Kajian yang dilakukan diharap dapat membantu dan menjadi panduan bagi mengetahui tahap pengekalan seni bina asal Masjid Kampung Tuan serta dapat mengangkat martabat bangunan warisan agar dapat dikekalkan dan dapat diketahui sejarah dan seni bina yang dimiliki.

Download File / URL

[thumbnail of AHMAD FAKHRUDDIN BIN ALIAS (C18A0014).pdf] Text
AHMAD FAKHRUDDIN BIN ALIAS (C18A0014).pdf - Published Version

Download (9MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 116
Supervisor: Dr. Sahrudin Bin Mohamed Som
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3647
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2