Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencadangkan kaedah untuk meningkatkan cara pemeliharaan senjata lama seperti golok dalam masyarakat secara sistematik,
mengenalpasti kerosakan dan potensi pemeliharaan terhadap artifak dalam kehidupan masyarakat terutama penduduk yang berada di luar Bandar. Lokasi kajian yang dijalankan adalah terletak di sebuah Kampung Chengal Batu yang berada dalam
Jajahan Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Kajian ini berbentuk data kualitatif yang bersumberkan sumber primer dan sekunder. Untuk menjadikan kaedah pemeliharaan terhadap sesuatu artifak seperti senjata lama lebih sistematik dan terurus adalah dengan mencadangkan beberapa kaedah penambahbaikan dalam memelihara sesuatu koleksi agar keaslian dapat dikekalkan sehingga ke generasi akan datang. Seterusnya, dengan adanya kaedah manual secara bertulis yang berkesan dan sistematik, langkah penjagaan sesuatu koleksi dapat dikumpulkan dan diperjelaskan kepada orang ramai
dengan mudah dan secara tidak langsung dapat memudahkan mereka dalam memelihara senjata lama seperti golok. Oleh itu, diharapkan kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan dan juga sebagai satu alternatif kepada orang ramai terutamanya penduduk yang masih lagi memiliki serta menggunakan senjata lama sebagai alat kerja harian dan sebagai barangan perhiasan rumah. Dalam masa yang sama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pemeliharaan koleksi kearah yang lebih baik serta dapat dijadikan sumber rujukan kepada pengkaji yang akan datang.
Kata kunci: kaedah pemeliharaan senjata, koleksi dalam masyarakat Kelantan