Bagi memenuhi keperluan sukatan tahun akhir bagi kursus Pengajian Warisan, suatu
kajian telah dijalankan iaitu kajian berkenaan alat muzik tradisional khususnya
Gedombak dalam persembahan Wayang Kulit. Bagi kajian kajian ini, terdapat tiga
objektif yang menjadi tunjang utama iaitu mengenai cara pembuatan alat muzik
Gedombak, mengenalpasti jenis paluan dalam permainan alat muzik Gedombak dan juga
cara untuk memahami pembelajaran dan latihan dalam permainan alat muzik Gedombak.
Melalui cara pembuatan alat muzik gedombak, dapat dilihat masa yang diperlukan untuk
menghasilkan sebuah alat muzik itu sangat lama sekitar 3 minggu. Melalui teknik untuk
bermain alat muzik Gedombak, dapat dilihat kefahaman terhadap tempo, irama serta
rentak lagu amat penting supaya persembahan wayang kulit berjalan lancar. Kajian ini
turut menjelaskan berkenaan dengan cara untuk memahami tentang proses latihan dan
pembelajaran dalam permainan alat muzik Gedombak di mana ianya akan membantu
pemain dengan memahami dan menghafal jenis rentak, tempo dan irama dalam waktu
masa yang baik dan teratur. Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini memudahkan
pengkaji untuk memperoleh maklumat secara terperinci dan sempurna.