Digital Special Collection Portal

KAJIAN REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN FASAD RUMAH KEDAI DI JALAN DATO’ LEE FONG YEE, SEREMBAN


Citation

NURUL AINA SYAHIRA ISMAIL (2025) KAJIAN REKA BENTUK DAN PEMULIHARAAN FASAD RUMAH KEDAI DI JALAN DATO’ LEE FONG YEE, SEREMBAN. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji reka bentuk dan pemuliharaan fasad rumah kedai lama di Jalan Dato’ Lee Fong Yee, Seremban, yang merupakan kawasan bandar lama dengan nilai sejarah dan seni bina yang signifikan. Fasad rumah kedai dipilih sebagai fokus kajian kerana peranannya sebagai elemen visual utama yang mencerminkan identiti seni bina dan perkembangan sejarah bandar. Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif melalui pemerhatian tapak, dokumentasi visual dan temu bual separa berstruktur bagi mengenal pasti ciri-ciri reka bentuk fasad, menilai tahap pengekalan fasad serta menganalisis usaha pemuliharaan yang telah dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa fasad rumah kedai di kawasan kajian memperlihatkan kepelbagaian tipologi seni bina seperti Neoklasik, Eklektik, Art Deco dan Awal Moden, namun tahap pengekalan fasad adalah tidak seragam akibat pengubahsuaian moden dan kekurangan penyelenggaraan. Walaupun terdapat usaha pemuliharaan oleh pihak berkuasa tempatan, kajian ini mendapati bahawa pemantauan berterusan, penguatkuasaan garis panduan yang jelas serta kerjasama antara pihak berkuasa dan pemilik bangunan amat diperlukan bagi memastikan kelestarian pemuliharaan fasad rumah kedai lama sebagai warisan bandar Seremban.
Kata kunci: Rumah kedai lama, fasad, pemuliharaan, tahap pengekalan, seni bina warisan, Seremban

Download File / URL

[thumbnail of NURUL AINA SYAHIRA BINTI ISMAIL_C22A0343.pdf] Text
NURUL AINA SYAHIRA BINTI ISMAIL_C22A0343.pdf

Download (13MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2025
Number of Pages: 108
Supervisor: ENCIK SAHRUDIN BIN MOHAMED SOM
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17344
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2