Digital Special Collection Portal

PELESTARIAN MAKANAN TRADISIONAL UBI TELAMPONG DI KALANGAN MASYARAKAT MUKIM BINJAL, JITRA, KEDAH


Citation

MUHAMMAD AMIRUL AMIN ABDUL WAHAB (2025) PELESTARIAN MAKANAN TRADISIONAL UBI TELAMPONG DI KALANGAN MASYARAKAT MUKIM BINJAL, JITRA, KEDAH. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Ubi Telampong merupakan salah satu makanan warisan di bawah warisan kebudayaan tidak ketara masyarakat negeri Kedah yang terkenal di sekitar kawasan Mukim Binjal, Jitra. Ubi Telampong mencerminkan budaya dan identiti masyarakat tempatan. Namun, tidak semua masyarakat termasuklah generasi muda mengetahui mengenai Ubi Telampong. Selain itu, Ubi Telampong semakin dilupakan kerana proses pembuatannya yang rumit dan memakan masa. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi melestarikan makanan tradisional Ubi Telampong di kalangan masyarakat Mukim Binjal, Jitra, Kedah serta memahami makna simbolik makanan tradisional Ubi Telampong. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu mengenal pasti makna simbolik Ubi Telampong, mengkaji kaedah pembuatan dan menganalisis langkah-langkah pelestarian Ubi Telampong di kalangan masyarakat Mukim Binjal, Jitra, Kedah. Kajian ini menggunakan pendekatan campuran iaitu kualitatif dan kuantitatif melalui temu bual, pemerhatian, dan tinjauan. Seramai 12 orang informan telah ditemu bual dan 80 orang responden menjawab borang tinjauan yang telah diedarkan. Kesemua data kajian dianalisis menggunakan analisis tematik bagi data kualitatif dan analisis deskriptif bagi data kuantitatif. Beberapa tema telah diekstrak daripda analisis kajian iaitu: makna simbolik Ubi Telampong, sejarah dan asal usul Ubi Telampong, maksud Ubi Telampong, proses pembuatan Ubi Telampong, perbezaan dahulu dan kini, masalah dan cabaran pelestarian Ubi Telampong, dan langkah pelestarian Ubi Telampong. Kajian ini juga menggunakan teori interaksi simbolik sebagai asas dalam memahami makna simbolik Ubi Telampong dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kajian ini penting untuk dijadikan sebagai sumber rujukan bagi masyarakat Mukim Binjal, Jitra, Kedah dan pihak berkepentingan terutamanya generasi akan datang dalam memastikan kelangsungan pelestarian makanan warisan.
Kata kunci: Pelestarian, Makanan Warisan, Makna Simbolik, Ubi Telampong, Warisan Kebudayaan Tidak Ketara

Download File / URL

[thumbnail of MUHAMMAD AMIRUL AMIN BIN ABDUL WAHAB_C21A1817.pdf] Text
MUHAMMAD AMIRUL AMIN BIN ABDUL WAHAB_C21A1817.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2025
Number of Pages: 110
Supervisor: DR. AINUL WAHIDA BINTI RADZUAN
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17122
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2