Digital Special Collection Portal

Sistem Sosial Dalam Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Penelitian Teori Pengkaedahan Melayu


Citation

Muhammad Ihad Yahya (2024) Sistem Sosial Dalam Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Penelitian Teori Pengkaedahan Melayu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Naratif lisan merupakan sebuah karya agung yang tergolong dalam kesusasteraan Melayu tradisional kerana telah lama wujud sejak zaman berzaman lagi dan dipertuturkan dari mulut ke mulut dan sekaligus menjadi hak milik masyarakat. Cerita rakyat ini sememangnya dihadirkan dalam pelbagai versi dan genre seperti cerita rakyat yang berkait dengan asal-usul atau sejarah sesuatu tempat, kisah-kisah mistik, tokoh, cerita binatang dan lain-lain lagi. Walaupun cerita rakyat ini dihadirkan dan disampaikan dalam pelbagai versi ia bertujuan untuk dijadikan nasihat, panduan dan pengajaran. Lantaran itu, sistem sosial juga merupakan salah satu perkara yang kurang diberikan perhatian di dalam cerita rakyat ini. Hal ini, kerana masyarakat menganggap bahawa sistem sosial yang terdapat dalam cerita rakyat merupakan aspek yang tidak penting sehingga menyebabkan mereka kurang peka terhadap perubahan persekitaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan sistem sosial yang terkandung dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Seterusnya, kajian ini membataskan 23 cerita rakyat yang dijadikan sebagai bahan untuk dianalisis bagi membuktikan kesahihan, kewujudan aspek sistem sosial yang terkandung di dalamnya. Selain itu, kajian ini dilaksanakan merujuk kepada reka bentuk kualitatif dan berpaksikan kepada kaedah kepustakaan dan rujukan teks. Selain itu, Teori Pengkaedahan Melayu dijadikan sebagai deduktif kajian dengan menerapkan Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan selari dengan sistem sosial yang terkandung dalam naratif lisan yang dipilih. Hasil kajian mendapati bahawasanya teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan sememangnya memiliki sistem sosial dan berjaya mengubah pandangan masyarakat Melayu. Perkara ini secara tidak langsung dapat menentukan sesuatu peraturan dalam kehidupan masyarakat Melayu.
Kata Kunci: Cerita Rakyat, Sistem Sosial, Teori Pengkaedahan Melayu, Teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan, Masyarakat Melayu

Download File / URL

[thumbnail of TESIS PENUH - MUHD IHAD YAHYA C20A1121.pdf] Text
TESIS PENUH - MUHD IHAD YAHYA C20A1121.pdf

Download (1MB)
[thumbnail of TESIS PENUH - MUHD IHAD YAHYA C20A1121.pdf] Text
TESIS PENUH - MUHD IHAD YAHYA C20A1121.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 213
Supervisor: Dr. Mohd Firdaus Che Yaacob
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14485
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2