Digital Special Collection Portal

Sifat-Sifat Kepimpinan Yang Terdapat Dalam Novel Salahuddin Al-Ayyubi Karya Syed Alwi Alatas Berdasarkan Konsep Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W.


Citation

Nur Auni Muyassarah Mat Nasir (2024) Sifat-Sifat Kepimpinan Yang Terdapat Dalam Novel Salahuddin Al-Ayyubi Karya Syed Alwi Alatas Berdasarkan Konsep Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini melihat kepada kepimpinan yang perlu ada pada seorang pemimpin dalam menjalankan tanggungjawab samaada hal kebajikan rakyat mahupun menguruskan hal ehwal negara. Kajian ini juga ingin melihat ciri-ciri atau sifat-sifat kepimpinan yang perlu ada pada seorang pemimpin dalam menguruskan negara melalui pelbagai aspek. Sedia maklum bahawa semua orang boleh menjadi pemimpin, akan tetapi adakah seseorang itu mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang sesuai sebagai seorang pemimpin. Justeru itu, kajian ini bertujuan melihat sifat-sifat kepimpinan yang terdapat dalam novel Salahuddin Al-Ayyubi karya Syed Alwi Alatas berdasarkan konsep kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W. Kajian ini juga berpandukan kepada tiga objektif yang ingin dicapai iaitu mengenalpasti sifat-sifat kepimpinan yang dibawa oleh Salahuddin Al- Ayyubi, menganalisis konsep kepimpinan Salahuddin Al-Ayyubi berdasarkan kepimpinan Nabi Muhammd S.A.W dan mendeskripsi sifat-sifat kepimpinan Salahuddin Al-Ayyubi yang boleh diterapkan dalam konteks masyarakat kontemporari. Kajian ini menggunakan kaedah struktural dan kaedah konseptual bagi mendapatkan penelitian melalui pembacaan novel Salahuddin Al-Ayyubi karya Syed Alwi Alatas. Kajian terhadap novel ini bagi melihat sifat-sifat kepimpinan yang ditonjolkan dalam novel Salahuddin Al-Ayyubi dan bahan-bahan rujukan, jurnal, tesis kajian lepas, buku, artikel-artikel yang berkaitan dengan kajian. Perkara ini membantu kajian yang dilakukan dalam mendapatkan maklumat mengenai kepimpinan yang terdapat dalam novel Salahuddin Al-Ayyubi. Di samping itu, kajian ini menggunakan kaedah konseptual yang mana ia melihat sifat-sifat kepimpinan yang terdapat dalam novel Salahuddin Al-Ayyubi berpandukan konsep kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W yang perlu ada pada seorang pemimpin. Oleh itu, hasil daripada kajian ini memperolehi bahawa pemimpin masa kini haruslah mempunyai sifat-sifat kepimpinan seperti yang terdapat dalam novel Salahuddin Al-Ayyubi.

Kata Kunci : Novel, Salahuddin Al-Ayyubi, konseptual, kepimpinan, pemimpin.

Download File / URL

[thumbnail of NUR AUNI MUYASSARAH BINTI MAT NASIR C20A1229.pdf] Text
NUR AUNI MUYASSARAH BINTI MAT NASIR C20A1229.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 99
Supervisor: Dr.Afidatul Syazwani Afandi
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14422
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2