Satu penelitian terhadap teori teksdealisme dengan mengenalpasti keunggulan kepengarangan menerusi teori teksdealisme mengikut karya Novel Aku Bukan Raja sebagai panduan. Kajian ini dijalankan untuk mengisi dokumentasi secara bertulis demi mengenalpasti keunggulan kepengarangan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk memperoleh maklumat yang relevan dan efesien digunakan dalam menjalankan kajian ini dengan jayanya. Kajian ini merupakan kajian ilmiah yang mengenalpasti keunggulan kepengarangan berdasarkan teori teksdealisme dan menghuraikan keunggulan kepengarangan latar masyarakat dalam teks dalam novel Aku Bukan Raja karya Raja Abdul Rahman Raja Basok. Oleh itu, pengkaji membataskan kajian pengkaji terhadap keunggulan kepengarangan dengan kepada novel Aku Bukan Raja sebagai rujukan pengkaji. Dalam kajian ini pengkaji telah mengenalpasti bahawa terdapat beberapa keunggulan kepengarangan dalam novel Aku Bukan Raja. Justeru hasil dapatan kajian pengkaji, pengkaji dapat merungkai beberapa keunggulan kepengarangan dengan mengaplikasikan teori teksdealisme sebagai panduan pengkaji.
Kata Kunci: Teksdealisme, Novel Aku Bukan Raja, Keunggulan kepengarangan