Digital Special Collection Portal

Kajian Terhadap Strategi Pengkomersialan Wayang Kulit Kelantan Kepada Masyarakat


Citation

Nik Farihim Zakiran Mahadi (2024) Kajian Terhadap Strategi Pengkomersialan Wayang Kulit Kelantan Kepada Masyarakat. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengkomersilan wayang kulit Kelantan kepada masyarakat tempatan. Penyelidikan ini bertujuan untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang langkah-langkah untuk memperkenalkan seni wayang kulit kepada masyarakat setempat. Sebagai kaedah utama dalam kajian ini, pengkaji menggunakan temu bual, analisis internet, dan kajian perpustakaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan daya tarikan wayang kulit kepada generasi muda dan mengukuhkan hubungannya dengan kehidupan moden. Kajian ini menggunakan pendekatan holistik untuk memberikan pandangan menyeluruh tentang kaedah yang digunakan oleh masyarakat untuk mengkomersilkan wayang kulit Kelantan. Ia juga memberikan cadangan dan penyelesaian yang berkaitan. Misalnya, menumpukan pada tema cinta membolehkan kreativiti dan inovasi dalam penceritaan wayang kulit. Hal ini membolehkan elemen moden disepadukan ke dalam tradisi seni yang kaya dengan nilai budaya dan sejarah. Dengan menyepadukan unsur-unsur ini, wayang kulit boleh terus memainkan peranan penting dalam komuniti tempatan, memastikan warisan budaya yang berharga ini terus hidup dan berkembang maju. Kajian ini menggambarkan kesungguhan pengkaji dalam memahami dan menghargai warisan budaya Malaysia, di samping mencari jalan untuk mengekalkan kerelevanan wayang kulit dalam konteks masyarakat moden. Kajian ini juga menggunakan pelbagai kaedah dan metodologi untuk memberikan perspektif penting tentang langkah wayang kulit Kelantan masih boleh menawan dan mempengaruhi masyarakat tempatan di Malaysia.

Download File / URL

[thumbnail of Nik Farihim Zakiran Bin Mahadi.pdf] Text
Nik Farihim Zakiran Bin Mahadi.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 96
Supervisor: En. Mohd Aswawi bin Isa
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14238
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2