Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk emosi watak wanita menerusi novel Olumnis (2018) karya Dayang Nazirah Tahir dengan mengunakan Teori Kecerdasan Emosi Danial Goleman (1995). Kajian ini berfokuskan kepada watak wanita berdasarkan novel tersebut. Objektif kajian adalah mengenal pasti bentuk-bentuk emosi watak wanita dan menganalisis kecerdasan emosi yang terdapat pada watak wanita berdasarkan Model Kecerdasan Emosi (MKE) dalam novel Olumnis (2018) karya Dayang Nazirah Tahir. Bentuk-bentuk emosi watak wanita yang dikesan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu emosi positif dan emosi negatif. Bentuk emosi positif dan emosi negatif terdiri daripada emosi marah, sedih, benci, bahagia, malu dan hormat.