Bangunan Rumah Agnes Keith merupakan khazanah warisan yang berada di Sandakan, Sabah dan penting untuk dipulihara secara berterusan. Namun, berdasarkan data yang diperolehi, masih terdapat beberapa bangunan di Sandakan tidak dipulihara dengan baik dan masih kurang diberikan perhatian daripada pihak berkepentingan yang terlibat. Penglibatan pihak berkepentingan sangat penting dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan ke atas Rumah Agnes Keith. Disebabkan itu, pihak berkepentingan haruslah memainkan peranan yang sewajarnya dalam melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan dan harus mengatasi isu dan cabaran yang berlaku. Oleh itu, objektif kajian ini adalah mengenalpasti pihak berkepentingan yang terlibat dalam pemuliharaan bangunan Rumah Agnes Keith, mengkaji peranan pihak
berkepentingan serta isu dan cabaran yang dihadapi oleh pihak berkepentingan dalam pemuliharaan bangunan warisan tersebut.