Digital Special Collection Portal

Makna Dan Falsafah Di Sebalik Pembinaan Rumah Tiang Dua Belas Di Kota Bharu, Kelantan


Citation

Siti Nurshahirah Radin Kaimin (2024) Makna Dan Falsafah Di Sebalik Pembinaan Rumah Tiang Dua Belas Di Kota Bharu, Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Projek Penyelidikan ini adalah satu kajian mengenai makna dan falsafah di sebalik pembinaan Rumah Tradisional Tiang 12 di Kota Bharu, Kelantan. Rumah Tiang 12 ini secara umumnya sudah diketahui akan kewujudannya kerana ia merupakan identiti dan kehidupan masyarakat di Kelantan. Pembinaan rumah ini mempunyai senibina yang unik dan istimewa. Walaupun masyarakat sedar akan keunikan seni bina rumah tradisional ini, malangnya mereka hanya memandang remeh akan kepentingan nilai estetikanya sehingga menyebabkan banyak rumah tradisional Tiang 12 ditinggalkan dan dibiarkan begitu sahaja tanpa penjagaan dan pemeliharaan dari mana-mana pihak. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui sejarah pembinaan rumah tradisional ini dan mengetahui makna dan falsafah di sebalik pembinaan rumah tradisional ini. Di samping itu, pengkaji akan mengkaji struktur dan fungsi ruang dalam seni bina rumah tradisional ini. Kaedah pemerhatian, temu ramah dan analisis dokumen digunakan dalam memperolehi data sekaligus melengkapkan proses penyelidikan ini.

Download File / URL

[thumbnail of Siti Nurshahirah Binti Radin Kaimin.pdf] Text
Siti Nurshahirah Binti Radin Kaimin.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 83
Supervisor: Dr. Norazlinda Binti Mohamed Rosdi
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14174
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2