Digital Special Collection Portal

Pemuliharaan Warisan Menerusi Media Baharu: Kajian Ke Atas Pempengaruh Media Sosial


Citation

Nurfaidatul Mohd Arifin (2024) Pemuliharaan Warisan Menerusi Media Baharu: Kajian Ke Atas Pempengaruh Media Sosial. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Pemuliharaan warisan dikatakan adalah sebuah proses pengekalan aset warisan dalam menjaga nilainya supaya tidak ditelan zaman. Pendekatan penggunaan media baharu sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi telah pun membuka ruang kepada para pempengaruh atau influencer media sosial dalam membantu mengembangkan warisan yang terdapat di Terengganu. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti bentuk-bentuk media baharu yang dapat digunakan untuk memartabatkan warisan, membincangkan peranan pempengaruh dalam memulihara warisan dan menghuraikan cadangan pemuliharaan warisan yang perlu dilaksanakan oleh pempengaruh menerusi penggunaan media baharu. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kualitatif dimana merangkumi temu bual, gambar dan rakaman audio. Teori Komunikasi Massa oleh Mc Quail telah digunakan dalam membincangkan mengenai peranan pempengaruh media sosial dalam memulihara warisan melalui aspek media baharu. Hasil kajian mendapati bahawa pempengaruh telah berjaya memainkan peranan dalam membantu masyarakat dan generasi kini dalam memulihara warisan dengan bantuan media baharu seperti TikTok, Facebook, dan Instagram. Selain itu, penglibatan pempengaruh dan pelbagai pihak juga dapat menaikkan warisan kita ke peringkat yang lebih tinggi. Jelaslah bahawa, pempengaruh dan media baharu merupakan perkaitan yang sangat sempurna untuk memulihara warisan kita supaya tidak ditelan zaman.

Download File / URL

[thumbnail of Nurfaidatul Binti Mohd Arifin.pdf] Text
Nurfaidatul Binti Mohd Arifin.pdf

Download (8MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 115
Supervisor: Dr. Daeng Haliza binti Daeng Jamal
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14160
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2