Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keistimewaan senibina Pondok Surau Tok Janggut (Tuan Guru Haji Ahmad) & Menara azan yang menceritakan dua peristiwa dalam satu tempat. Lokasi yang dipilih untuk menjalankan kajian ini ialah di Langgar,Kedah. Hal ini kerana sebuah tempat bersejarah negeri Kedah sebagai Balai Nobat telah berubah kepada menara azan surau @ pondok dan sekarang ini semakin usang dan berusia. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitaif seperti pemerhatian,temu bual dan juga analisis dokumen. Setiap data yang diperolehi melalui kaedah tersebut dan dianalisi dan dirumuskan untuk mencapai objektif kajian ini. Tambahan pula, ditambah dengan kaedah kuanlitatif seperti kajian perpustakaan bagi mencari maklumat dan data bagi menyokong data yang diperolehi oleh kaedah satu lagi. Selain itu, ianya juga dapat dijadikan sumber tarikan pelancongan terutama pelancong yang datang dari dalam negeri Kedah,luar negeri atau luar negara. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat dijadikan sumber utama dalam memenuhi faedah-faedah di atas agar warisan yang sedia tidak hilang dn usang begitu sahaja. Kesimpulannya, kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk generasi akan datang mengenai seni bina dan reka bentuk tradisional Melayu klasik dahulu.