Digital Special Collection Portal

Pembuatan kertas buatan tangan dari gentian nanas sebagai gantian kertas dalam rawatan konservasi manuskrip


Citation

Ainin Sofiya binti Jamalludin (2023) Pembuatan kertas buatan tangan dari gentian nanas sebagai gantian kertas dalam rawatan konservasi manuskrip. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kertas merupakan bahan yang penting dan selalu digunakan semasa rawatan konservasi manuskrip. Kertas yang bebas asid dan diperbuat daripada bahan semula jadi menjadi pilihan utama konservator bagi menjalankan kerja restorasi manuskrip. Di dalam kajian ini, pengkaji mendapati wujud kesukaran dalam mendapatkan bahan yang menepati piawaian (standard) konservasi kertas dari sumber tempatan. Hal ini telah menyebabkan harga pasaran kertas konservasi menjadi mahal dan seterusnya rawatan konservasi tidak menjadi keutamaan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menghasilkan kertas buatan tangan dari gentian nanas sebagai gantian kertas dalam rawatan konservasi manuskrip. Kajian ini akan menfokuskan kepada ciriciri gentian nanas sebagai bahan yang sesuai dalam penghasilan kertas buatan tangan, kekuatan gentian nanas sebagai kertas buatan tangan yang sesuai dalam kerja konservasi manuskrip, serta akan mencadangkan gentian nanas sebagai kertas buatan tangan yang digunakan dalam kerja konservasi manuskrip.

Download File / URL

[thumbnail of AININ SOFIYA BINTI JAMALLUDIN.pdf] Text
AININ SOFIYA BINTI JAMALLUDIN.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 51
Supervisor: Ts. Dr. Mukhtaruddin Bin Musa
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12953
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2