PROSES pilihanraya bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Kelantan sesi 2012/2013 di Kampus Kota dan Kampus Jeli berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan provokasi oleh mana-mana pihak membuktikan amalan demokrasi terus subur diamalkan demi kepentingan masa depan mahasiswa dan Universiti.
Sebelum itu, di UMK kampus Bachok menyaksikan satu kerusi umum dan dua kerusi Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) diumumkan menang tanpa bertanding selepas tiada pencalonan lain diterima sebaik sahaja proses penamaan calon tamat pada 23 September 2012.
Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), YBhg. Prof. Madya Abdul Aziz bin Ab. Latif, calon yang memenangi kerusi umum itu ialah Muhammad Adli Hakim Dzulkamal, 20, manakala dua lagi calon yang menang tanpa bertanding bagi kerusi FTKW ialah Huseen Mohamed dan Mohamad Zamani Ramly.