Digital Special Collection Portal

Sultan Muhammad V Bertitah Umk Perlu Jadi Sebuah Universiti Terunggul Dalam Melahirkan Graduan Berkualiti


Citation

Universiti Malaysia Kelantan, Canselori (2012) Sultan Muhammad V Bertitah Umk Perlu Jadi Sebuah Universiti Terunggul Dalam Melahirkan Graduan Berkualiti. [Image]

Abstract

Kejayaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melahirkan 292 graduan pada Majlis Konvokesyen Kedua merupakan satu pencapaian amat membanggakan kerana sebagai sebuah universiti muda yang sedang berkembang maju, telah berjaya merintis kecemerlangan pelajar, penyeliaan dan pengurusan pengajian siswazah,” titah Sultan Kelantan, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad V selaku Tuanku Canselor UMK.

Baginda bertitah, sebagai satu-satunya universiti di negara ini yang berteraskan keusahawanan, baginda percaya, kekuatan kepakaran dan sumber kemudahan yang dimiliki oleh UMK akan menghasilkan impak yang lebih besar kepada negara dan masyarakat.

Tuanku Sultan Muhammad V menyampaikan titah berkenaan ketika merasmikan Majlis Konvokesyen Kedua UMK, di Dewan Utama Kompleks Budaya Negeri, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Hadir sama, Tengku Mahkota Kelantan selaku Tuanku Pro Canselor UMK, Yang Teramat Mulia, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB. Dato’ Hj. Ahmad bin Yaakob, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Tan Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Rujhan bin Mustafa dan Naib Canselor UMK, YBhg. Prof Dr. Raduan bin Hj. Che Rose.

Baginda berharap,aspirasi untuk melihat supaya UMK ini menjadi sebuah universiti yang terunggul yang mana pembelajaran yang diberikan kepada graduan-graduan itu mempunyai kualiti yang tinggi.

Baginda turut bertitah, UMK hendaklah menjadi peneraju ilmu yang relevan, unik dan berbeza berlandaskan ilmu keusahawanan sebagai tunggak utama dalam mendidik dan melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif dan versatil.

Dalam pada itu, UMK turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Warisan) kepada Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara Dato’ Paduka Prof. Emeritus Siti Zuraina Abdul Majid dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Keusahawanan) kepada Pengarah Urusan Mydin Mohamad Holding Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin. UMK juga menganugerahkan Ijazah Sarjana Seni (Usahawan Industri Kreatif)kepada pelakon popular Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohd Noor Shamsuddin.

Download File / URL

[thumbnail of konvo.jpg]
Preview
Image
konvo.jpg

Download (375kB) | Preview
[thumbnail of konvo1.jpg]
Preview
Image
konvo1.jpg

Download (249kB) | Preview
[thumbnail of konvo3.jpg]
Preview
Image
konvo3.jpg

Download (262kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Institution
Date: 15 September 2012
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9947
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2