Ruang dan peluang melahirkan graduan bercirikan keusahawanan yang ditawarkan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) antara faktor tarikan utama sebahagian pelajar-pelajar baharu yang mendaftar untuk kemasukan sesi akademik 2012/2013.
Pada sesi pengajian kali ini, UMK menawarkan sebanyak 2,300 tempat kepada pemohon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan setaraf untuk mengikuti 17 program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda pada sesi tersebut.
Sebahagian pelajar yang mendaftar pada hari ini teruja dengan pelbagai program yang ditawarkan di lima fakulti iaitu Fakulti Industri Asas Tani, Fakulti Sains Bumi, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan dan Fakulti Perubatan Veterinar.