Digital Special Collection Portal

Naib Canselor UMK terima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M)


Citation

Universiti Malaysia Kelantan, Canselori (2012) Naib Canselor UMK terima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M). [Image]

Abstract

Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), YBhg. Prof. Dr. Raduan bin Hj. Che Rose, dikurniakan anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran ‘Datuk’ daripada Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob, sempena Hari Kelahiran beliau ke-74, di Dewan Sri Negeri Air Keroh, Melaka di sini, hari ini.

Prof. Datuk Dr. Raduan merupakan salah seorang daripada 240 penerima yang menerima darjah kebesaran pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang Pingat Kebesaran Negeri Melaka. Anugerah D.P.S.M ini mula dikurniakan kepada orang peseorangan yang telah banyak berbakti dan berjasa kepada negeri Melaka.

Prof. Datuk Dr. Raduan mula dilantik sebagai Naib Canselor UMK pada 1 Januari 2012 bagi menggantikan YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai bin Mohamed yang tamat perkhidmatan pada Disember 2011. Beliau merupakan anak kelahiran Alor Gajah, Melaka, dengan lulusan University of Leeds, United Kingdom dalam jurusan Human Resources Management/International Business dan mantan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sejakJun 2010.

Sehubungan itu, seluruh warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas diatas pengurniaan yang telah dianugerahkan kepada YBhg. Prof. Datuk.

Download File / URL

[thumbnail of datuk-nc.jpg]
Preview
Image
datuk-nc.jpg

Download (143kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Institution
Date: 14 October 2012
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9937
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2