Citation
Universiti Malaysia Kelantan, Canselori (2012) Naib Canselor UMK terima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M). [Image] |
Abstract
Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), YBhg. Prof. Dr. Raduan bin Hj. Che Rose, dikurniakan anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran ‘Datuk’ daripada Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob, sempena Hari Kelahiran beliau ke-74, di Dewan Sri Negeri Air Keroh, Melaka di sini, hari ini. Prof. Datuk Dr. Raduan merupakan salah seorang daripada 240 penerima yang menerima darjah kebesaran pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang Pingat Kebesaran Negeri Melaka. Anugerah D.P.S.M ini mula dikurniakan kepada orang peseorangan yang telah banyak berbakti dan berjasa kepada negeri Melaka. Prof. Datuk Dr. Raduan mula dilantik sebagai Naib Canselor UMK pada 1 Januari 2012 bagi menggantikan YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai bin Mohamed yang tamat perkhidmatan pada Disember 2011. Beliau merupakan anak kelahiran Alor Gajah, Melaka, dengan lulusan University of Leeds, United Kingdom dalam jurusan Human Resources Management/International Business dan mantan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sejakJun 2010. Sehubungan itu, seluruh warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas diatas pengurniaan yang telah dianugerahkan kepada YBhg. Prof. Datuk. |
Download File / URL
|
Additional Metadata
Item Type: | Image |
---|---|
Collection Type: | Institution |
Date: | 14 October 2012 |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9937 |
Statistic Details: | View Download Statistic |