Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima peruntukan berjumlah RM1 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi bagi memperkasa Pusat Penyelidikan dan Inovasi Keusahawanan atau Global Entrepreneurship Research and Innovation Center (GERIC) yang berpaksikan kepada aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan hasil inovasi serta pemindahan teknologi untuk kesejahteraan masyarakat.
Menteri Pengajian Tinggi, YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin berkata, peruntukan itu bertujuan bagi mendokong penubuhan GERIC yang akan menjadi platform dan pemangkin kepada imej UMK sebagai peneraju dalam bidang keusahawanan di peringkat pengajian tinggi negara.
.