Pendaftar Universiti Malaysia Kelantan (UMK), YBhg. Prof. Dr. Razli bin Che Razak, dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), berkuatkuasa pada 1 Julai 2012.
Pelantikan beliau itu bagi menggantikan Mantan Timbalan Naib Canselor HEPA, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mortaza bin Mohamed, yang tamat tempoh perkhidmatan selepas memegang jawatan itu selama lima tahun.
Sementara itu, warga UMK mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Prof. Dr. Razli diatas pelantikan sebagai Pemangku Timbalan Naib Canselor (HEPA). Pihak universiti menyatakan komitmen untuk terus memberikan kerjasama erat kepada beliau untuk menjayakan aspirasi dan cita-cita Universiti sebagai peneraju Universiti Keusahawanan sebagai suatu realiti.