Penganjuran Bengkel Winning Research Proposal Series I anjuran Global Entrepreneurship Research & Innovation Center (GERIC) dan Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dilihat sebagai alternatif baharu untuk membantu dan membudayakan penyelidikan di kalangan pegawai akademik.
Ketua Unit Pengurusan Penyelidikan, GERIC-UMK, YBhg. Profesor Dr. Raja Suzana binti Raja Kassim, bengkel itu bertujuan untuk memberi latihan kepada pegawai akademik dalam penyediaan proposal penyelidikan yang tepat dan menepati kriteria-kriteria permohonan yang ditetapkan berfokuskan kepada geran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).