Kontijen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) perlu menunjukkan semangat kesukanan tinggi dan menjaga imej universiti dalam membawa cabaran di Kejohanan Sukan Staf Antara IPTA Malaysia (SUKUM) Ke 37, yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM), pada 2 hingga 12 Julai 2012.
Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Dr. Raduan bin Hj. Che Rose, berkata, kejohanan sukan staf universiti adalah platform paling sempurna untuk membina rangkaian antara sesama pegawai dan atlet daripada seluruh universiti awam yang bertanding sepanjang berlangsungnya kejohanan tersebut.