Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PPBPI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) boleh menjadi sebuah pusat kecemerlangan bagi melahirkan graduan yang lebih berwibawa.
Timbalan Naib Canselor (TNC) (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Roselina binti Ahmad Saufi berkata untuk mencapai matlamat itu PPBPI perlu lebih menekankan kepada subjek-subjek kemahiran komunikasi bagi menjamin graduan UMK yang berkualiti dan berketrampilan.
Prof. Dr. Roselina berkata demikian semasa kunjungan pertamanya selaku TNC UMK, ke PPBPI di kampus Bachok pada Selasa lepas. Prof. Dr. Roselina memulakan tugas sebagai TNC (AA) UMK pada Mei 2012.